Pancaran bumi Pancaran_planet

Pancaran bumi ialah pantulan cahaya bumi yang kelihatan pada sisi malam Bulan. Ia juga dikenali sebagai "cahaya kelabu" atau sebagai "Bulan mengambang di dalam dakapan anak Bulan".

Lakaran Leonardo da Vinci yang menunjukkan Bulan muda dengan pancaran Bumi. Sebahagian daripada Kodeks Leicester, ditulis antara tahun 1506 dan 1510.

Pancaran bumi paling mudah dicerap sejenak sebelum dan selepas anak bulan, dalam fasa bulan sabit mengembang dan mengecil. Apabila anak Bulan dilihat dari Bumi, Bumi hampir habis diterangi apabila dilihat dari Bulan. Cahaya matahari dipantul dari Bumi kepada sisi malam Bulan. Sisi malam kelihatan seakan bersinar dengan lembut dan keseluruhan bola Bulan dapat dilihat mahupun dengan kabur.

Pancaran bumi terpantul dari Bulan, dilihat dengan teleskop. Kawasan cerah disinari secara langsung oleh Matahari, sementara baki disinari cahaya yang terpantul dari Bumi.


Leonardo da Vinci menerangkan fenomenon ini pada awal abad ke-16 apabila beliau menyedari bahawa kedua-dua Bumi dan Bulan seiring memantul cahaya matahari. Cahaya dipantul dari Bumi ke Bulan dan kemudian baliknya ke Bumi sebagai pancaran bumi.

Pancaran bumi digunakan bagi mengukur albedo semasa Bumi. Data digunkan bagi menganalisis litupan awan global, satu faktor iklim. Lautan-lautan memantul cahaya dengan kuantiti yang paling kecil, lebih kurang 10%. Tanah memantul antara 10-25% sinaran Matahari, sementara awan memantul 50%. Justeru, bahagian Bumi yang berada pada siang hari dan dari mana dapat kelihatan Bulan, menentukan berapa terang pancaran bumi Bulan pada waktu tertentu.

Bulan Zuhal, Iapetus diterangi pancaran Zuhal. Ini ialah gambar yang diperbaiki; cahaya Zuhal terlalu lemah (mengikut beza jelas) untuk dilihat dengan mata kasar.